Pages

Isnin, 5 September 2011

Shopping di 7 Syawal

Assalammualaikum semua....


Pejam celik pejam celik, hari ini kita dah masuk 7 Syawal. Kalau ikutkan, hari ini ramai di antara kita dah mula kerja. Ermm...termasuklah ana yg mula kerja hari ini selepas bercuti raya selama seminggu. Tapi ana sambung cuti sehari lagi, sebab nk uruskan hal KWSP dgn Saila. Urusannya tak adalah lama sangat, tapi kami ambil cuti terus supaya senang tak perlu nak terkejar-kejar masuk office selapas itu.


Kebetulan dah lama ana & Saila tak keluar jalan bersama. Jadi selepas selesai urusan di KWSP, kami pun pergi jalan-jalan cari barang di Jalan TAR, KL :) Seronak jalan-jalan di jalan TAR, jalan renggan & tak ramai orang. Maklumlah baru lepas raya, jadi warga kota tak keluar berjalan apatah lagi nak ber shopping pula.


Pada mulanya, kami cadang sekadar nak window shopping jer, tapi lebih window shoping kami lakukan. Hampir seratus lbih jugalah duit masing-masing keluar utk shopping tadi. Saila pula ternampak baju kebaya, berkenan & terus dibelinya. Apa kurangnya ana, ternampak 1 baju tu, berkenan & terus beli. Ini kainnya. Baju apa yg ana beli, ana tak maula tunjuk, sebabnya tak adalah lawa mana. Sekadar lawa di mata sendirilah katakan :)

Sebelum beli baju, kami singgah kedai buku. Wahh...macam-macam buku yang menarik yg semapt kami baca & belek2 tadi. Terasa macam nak beli semua buku di kedai buku tu. Tapi kami just beli dua buku sahaja. Ini buku yang ana beli, sekadar nk share.....

Selepas selesai shopping, poket pun dah kering apa lagi kami teruslah balik. Tak singgah mana-mana dah, hehe :)


Cuma apa yang ana nak share kat sini ialah kalau kita nak shopping baju untuk raya, jangan shopping banyak sangat masa bulan Ramadhan sebab harganya lagi mahal. Contohnya, baju kebaya (kebaya nyonya) yang kawan ana beli tadi. Kata Saila, masa bulan Ramadhan dia tnya harga baju kebaya yang dia beli tadi, harganya RM100 lebih. Tapi tadi Saila tanya harga baju kebaya (yg sama) tadi, harganya jatuh kepada rm85. Kami minta kurang, dapat la RM 70. Itu yang Saila trus beli tu...


...... :)