Pages

Rabu, 18 Januari 2012

Adik angkat :)

Assalammualaikum semua :)

Ana baru dapat gambar dr my ex boss (kak mid), yg skg ni merangkap selaku my best friend :)  Smentara ana tgh free & mood pn tgh boring, so blh la upload gmbar kan kan....

Haa...inilah gambarnya. Gambar dgn anak kak mid, sara & qistina. Comel btul dua beradik ni :) Gambar ni di ambil masa pergi picnic dgn kakak2 office, 14 january kt Putrajaya.


Pemandangan dr Masjid besi, Putarajaya. Nama masjidnya ialah............................ errmmm....maaf, ana tk ingat, huhuhuhu. Rasanya Masjid Sultan Miza kut. Kalo salah, tolong betulkn ana ya.

Kami singgah sembahyang magrib. Yg bestnya, Sara yg baru 7 thn suka sgt sembahyang kt masjid ni. Pd kwn2 yg belum sampai lg di Masjid besi ni, kalo datang Putrajaya tu, jgn lupa singgah ya :)


 Ok, tk bnyk pun crt yg ana nk crt pd entry ini. Just utk nk share 2 gambar ni shj....

Buat Qistina & Sara, miss dekat korang :)

Isnin, 16 Januari 2012

Picnic @ pantai buatan :)

Assalammualaikum semua....Moga semuanya sihat selalu.

Entry kali ni ana nk share aktiviti ana bersama kakak/ kwn ana semasa ana di IBD dulu. Seperti yang dicadangkan, hari sabtu 14 Januari 2012, jam 5 pm, bertempat di Putrajaya, bhampiran/sebelah Pullman. Inilah ia, ana mpersembahkan................. (cehh, mcm wayang tv la pulak eh :p)


Berkelah, bercerita sambil nyum nyum makanan/ bekal yang kakak2 bawak :) Yg bestnya, semuanya bawa makanan & anak2. Ana sorang jer datang dgn lenggang kankung, bawa badan & anak kekak jer, hehehe :)

 Picture kami jer yang bnyk. Adik semua bz dalam kolam mandi :)


Inilah ia pantai buatannya. Kecil jer, tp jadilah kn.



Tgk, air pun paras buku lali jer. Adik2 sayang, mcm ne kamu merenang ni, nk terapungkan badan pun tk blh, air cetek sgt, hehehehe :)



 Macam biasalah, kalo kita pergi mane2, tak sah kalo tak ambil gambarkan. Jadi sesi terakhir pada hari sabtu tu ialah sesi bergambar. Gambar di bawah ni ana dengan kak Ija. Sedih juga sebab kak Ija dah transfer ke PJ.


Masa ni kak nor tak ada. Kak Nor tgh salin & pakaikan baju anak2 nya. 



Haa...yang ini baru cukup forum :)  Cuma kak Lina & kak Su jer yg tk dapat nk join sb ada hal lain. Jom ana kenalkan kwn2 ana........Berdiri, dr kanan : kak Ija & kak Nor. Yg duduk tu, dri kanan : kak Mid, ana & kak Hazani.


Ok mcm biasa ambil gambar dr sisi depan sudah, skg sisi tepi pulak. Anyway, hari sabtu tu mmg best. Smg persahabatan kita berpanjangan. Terima kasih jg pd kak Mid, sb sudi tumpangkn kereta. Kalo tidak tak dptlah ana join picnic bersama akak semua. Sayang u all :)

Ahad, 15 Januari 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

KHUTBAH TERAKHIR Rasulullah S.A.W.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

>credit : MyIbrah<

~sbg peringatan buat diri sendiri~

Khamis, 5 Januari 2012

Hampir2 nk perasan :)

Assalammualaikum...Moga semuanya ceria di pagi Jumaat ni....Pastinya ceria, mana taknya, dtg2 kerja tgk ada skuntum bunga di atas meja...Ingt siapa yg bg td kn. Kut la ada secret admire ker, hehehehe...Rupa2 nya.....................................................................................................................................



Isnin, 2 Januari 2012

Satu Hari Di sini




Cantikkan tmpt mkn ni.... :)


Apa yg diaorg bincangkn, jujur ana mmg tk faham...hehehehe. So, kita buat2 fahm. ok???





Khusyukkk.....





 
Ini pembentangan group yg terakhir. Mood ana = bila nak habis daa......