Pages

Ahad, 2 September 2012

Dalila's Wedding :)

Assalammualaikum...

1 September 2012 merupakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna buat kawan saya, Nor Dalila apabila bergelar seorang isteri. TAHNIAH buat Dalila dan suami. Semoga perkahwinan yang dibina dipayungi dengan rahmatNYA dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin...

Antara gambar yang sempat saya ambil sepanjang majlis pernikahan dan persandingan Dalila ;




 Majlis pernikahan di Masjid At - Taqwa, Selayang Baru.




 Alhamdulillah, lega Dalila selepas si suami selesai ucapkan lafaz nikah dengan satu lafaz. Gambar suami Dila tak dapat saya ambil sebab dikebungi dengan para tetamu dan juru kamera yang lebih bertauliah daripada saya, hehehe.


 Salah 1 daripada barang hantaran Dalila. Cantik :)






 Bergambar dengan si pengantin.






 Sesi membatalkan air sembahyang.


 Dalila memang cantik pada hari tu :)






 Semoga menjadi isteri yang solehan & menyejuk mata buat si suami.



 
 2 September 2012, Majlis persandingan di Dewan Siantan Selayang Baru. Hari tu saya datang lewat, so tak sempat nak ambil gambar pengantin semasa tengah bersanding.










 Antara rakan sekolah yang hadir.








  Selepas balik daripda majlis Dalila, Syuhada jemput pergi beraya ke rumah dia. Nak kenal mana satu Syuhada tak ??? Haa..dalam gambar di atas ni Syuhada. Macam orang senget. Syok sendiri kat kereta pengantin. Jangan marah ea... saya dah minta izin daripada Syuhada nak post gambar dia kt blog dan nak tulis title orang senget. Dia kata "ok ", hehehe. Syuhada ni memang sporting orangnya :)


Cute kan :)




Balik daripada beraya rumah Syuhada, adik saya ajak makan ayam penyet kat Sri Gombak. Saya ni memang pantang diajak jalan-jalan, laju jer nak ikut. Tak kisahlah nak ajak pergi makan ker, shoping ker atau pergi mana-mana.

Sebaik sampai ke kedai ayam penyit, lantas fikiran ini teringat pada Dalila. Hati kecil berkata, "kat kedai ni lah yang selalu ak lepak dengan Dalila bila balik kerja". Biasanya kalau Dalila ambil saya balik dari kerja kami akan lepak-lepak & makan dulu kat kedai makan ini.So lepas ni tak boleh dah nak ajak Dalila keluar makan2 dah,  huhuhu.

Tahun 2012 ni, semakin ramai kawan-kawan yang berkahwin dan bakal memasuki alam perkawinan. Yang paling tak sabar nak tunggu wedding Saila pula. Kepada kawan-kawan yang bakal menjadi raja sehari, saya doakan semoga segala urusan kalian berjalan dengan baik dan lancar. Saya kat sini tunggu & standby jer nak makan nasi minyak kalian, hehehe.

Sekian, wa'salam.

Sabtu, 1 September 2012

Happy Birthday Laily :)


Assalammualaikum...

Entry ini khas buat Laily.

Kesempatan ini kakngah nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YG KE-16. Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat & berjaya di dunia dan akhirat. Amin...






Kakngah doakan juga, smg segala cita-cita & impian Laily tercapai. Amin Ya Rabbal Alamin. :)








 Terima kasih Laila sb sponsor kek :)

Sedappp...nyumm! nuymm!







Sekian, wa'salam...