Pages

Khamis, 24 Februari 2011

Al-kisah Aku Pada 25hb :)

Assalammualaikum semua :)

Hari ini 25-02-2011, Jumaat. Apa ada pd 25hb ??? 25hb adalah hari yg ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh aku setiap bulan, sebabnya ialah GAJIIIIII MASUKKKKKK. Yela, gaji masukkan setiap 25hb.

Hari ini sebaik shj kakiku melangkah masuk ke bangunan tmpt kerja, perkara pertama yg aku buat ialah beratur di mesin ATM. Mana taknya, poketku dah 3 hari kering beb. Maklumlah gaji kecikkn, sebelum 25hb lg poket dah kering. Tapi kutetap bersyukur ada jg kerja, ada juga pndapat sendiri :)

Slepas kluarkan duit, perkara pertama yg aku buat ialah asingkan duit RM60.00. RM60.00 tu nak bayar duit kuih. Aku ada beli kuih tat hari isnin lepas. Beli kuih tat pun hutang. hehehe....Aku beli 2 bekas kuih tat nenas, satu untk adik2 dan satu lg aku beli untuk nak bagi pada mamat tu. Disebabkan kitaorg dah xda apa2, so tak ada rezeki mamat tu merasa kuih tat nenas yg aku beli kt ofis. So 1 bekas tat nenas aku bawa blik & 1 bekas lg aku mkn dgn kwn2 ofis :)






Inilah kuih tat nenas yg aku beli tu.



Sedap, nyam nyam nyam.....



Dapat sambutan yg menggalakkan. Alhamdulillah. Sikit hari lg harap2 kosonglah bekas ni kn :)


Itu baru setel 1 bab, nanti di rumah kena setelkan bab lain pula. Nak bagi peruntukkan untuk my love & my heart iaitu emak ayah saya. Peruntukkan konon, mcmlah bnyk sgt kn. Takper2 ini aku syok sendiri k.

Pastu nak beli topup RM30.00. RM30.00 untuk sebulan. Bila bercinta ni, topup RM30.00 tu kdg2 tu tak cukup. Itulah ada hikmah aku xda bf ni, jimat duit topup, pastu tk payah kluar. Duduk rumah memanjang jer....Banyak jimat banyak untung maaaaa..... :)


Nanti malam atau esok pagi aku pergi akan ke pasaraya Giant, nk beli maintained aku pulak. Maintained aku tk bnyak & tk mahal pun. Just beli 1 set pjagaan kulit muka TA. Murah je. yg pasti bwh RM90.00 & kperluan baragan peribadi. Ini tk boleh bgth. Rahsia aku. Jeng jeng jeng.

Ermm...gaji bulan ini sikit sgt sebab OT tk termasuk sekali dalam gaji. Sedih taw....So bulan ini no shoping2. Blh ke aku tahan tak shoping sampai gaji bulan depan?. Hehehe. Kita tggu & lihat. Tapi harap2 lah boleh tahan nafsu ni supaya tak shoping. Kata org ukur baju di badan sendiri. Ingat sikit ye cik Eifa oii....Kalo tk mampu tu buat cara tk mampu k. Hahahaaa.

Bulan depan 11hb, aku nak pergi rombongan ke Terengganu. Mengikut perkiraan bajet bulan ni mcm tk cukup jer. Macam ne eh...Rasa macam nak cancel jer pergi rombongan tu. Tapi aku dah daftar nama utk pergi. Errmm...nanti balik rumah aku nk tnya mak, blh tk kalo kakngah (aku) nk cancel. Rombongan pergi Terengganu ni kumpulan Marhaban mak yg buat. Itu yg aku kena tnya mak tu, sama ada blh cancel or tdk. Kalo tk blh, aku kena bayar RM90.00 utk pergi rombongan tu. Tapi nanti bila sampai Terengganu tk bolehlah shoping, kalo shoping gak, alamatnya bila balik KL tk makanlah aku. Huhuhuuuuuu......
Bajet utk saving plk tk tahulah dapat dapat buat or tdk buat untuk bulan ini. Huhuhu....Bajet untuk belanja adik2 tu insyaAllah ada. Bila lg kn nk belanja depa, masa tgh ada duit ni lah nk belanja. Belanja ke tk belanja ke, sama jer ceritanya. Hujung bulan poket kering gak. So baiklah aku belanja, ada gak sedikit bekalan nk bawa ke 'sana' nanti. Duit ni bnyk mana pun mmg tkkn cukupk. Tak perlu nnk tggu bila gaji besar baru nk jadi pemurah. (Ini m'ingatan utk diri sendiri)

Inilah ia secara ringkasnya kisah aku pada setiap 25hb. Buat belanjawan bulan. Tolak sana tolak sini. Mungkin tiap2 bulan tu tak adalah sama ceritanya, tetapi lebih kurang beginilah al-kisah aku pada 25hb :)

Okeylah, aku berhenti coloteh di sini k. Wa cau dulu. Bye bye :)