Pages

Khamis, 14 Mei 2015

Formula 7P


Assalammualaikum,
Formula 7P, sebagai salah satu uasaha bagi melahirkan anak yang soleh:

1) Perhatian : Beri perhatian kepada anak-anak. Ibu dan ayah jangan asyik dengan hp je! Borak dan bersahabatlah dengan anak-anak.
2) Puji & Peluk : Jangan asyik nak marah anak. Suami kena pandai ambil hati anak2 & isteri. Puji! Anak yg nakal, usap & peluk. Doa.
3) Pendidikan : Didik & ajar anak-anak dgn al-Quran. Ajar anak-anak solat. Jaga solat! Perlu bagi 3 didikan utk anak-anak. - Agama, Akhlak & Akademik.
4) Pukul : Pukul anak dengan niat untuk mengajar.
5) Pujuk : Pujuk & selalu bagi motivasi kepada anak-anak.
6) Penghargaan : Contoh: bila anak berjaya bg hadiah kpd mereka.
7) Periksa : Check anak-anak setiap masa.

Copy & paste.

Semoga memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah.

Khamis, 7 Mei 2015

10 Tip Untuk Menjadi Parent


"Untuk para ibu-ibu tersayang" Dari Prof Muhaya..

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent :

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Jumaat, 1 Mac 2013

Lunch @Johny's :)


 Assalammualaikum...

Hai kawan2.....Kawan2 jangan ketawakan saya ya bila saya bagi tahu yang ini adalah first time saya makan di Johny's. Tertarik dengan cara hidangan makanan di Johny's yang agak unik & lain daripada restoran yang lain.

Jomm saya nak shere beberapa gambar yang sempat diambil.





 Sementara nak tunggu makanan sampai, seperti biasalah berposing itu menjadi satu kemestian. 
Posing jangan tak posing ye.



Berposing berposing juga, kuah tom yam tu jangan lupa dipanaskan dulu.


 

 Kak Zara & Leha begitu sabar menunggu makanan sampai :)



Akhirnya....sampai juga hidangannya.


Tersusun : Sayur-sayur, udang & meehun yang hendak dimasukkan dalam kuah tom yam diletakkan dalam bekas yang sama.
Sorry, gambar ini terbaliklah pulak.



  Masukkan satu persatu. Ermm...dah macam masak kat rumahlah pulak kan
.








Nyam nyam...dah tak sabar nak makan.












Last sekali masukkan telor.


Alhamdulillah Ya Allah di atas nikmat & rezeki yang Enkau berikan kepada kami.
Alhamdulillah.


Sekian, terima kasih.

Isnin, 18 Februari 2013

Entahlah

Assalammualaikum semua...

Jam di laptop menunjukkan pukul 1: 05 AM, mata terasa mengantukkan tapi hati ini bagaikan ingin menggatakan sesesuatu.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Terasa ingin menulis sesuatu, tapi tak tahu dari mana mahu dimulakan.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Tenangkan hati & fikiran. Cari ayat untuk menulis. Tak boleh juga.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Baik, berhenti memikir berhenti menulis berhenti menaip.

:
:
:
:
:


Logout blog

Shutdown laptop

Letak handphone di tepi

Pejam mata

Hati ingat kepada Pemiliknya

Tenangkan fikiran

Tidur.



Allah Allah Allah :"(


Selasa, 12 Februari 2013

Selamat Berkerja

Asssalammualaikum semua...

Subhanallah...nikmatnya rasa bila dapat habiskan masa berehat di rumah dan bersosial dgn teman-teman. Esok dah start bekerja. 4 hari cuti terasa sekejap. Adoiii...kalau cuti 4 hari pun masih rasa  tak cukup, agak-agaknya berapa hari yg diperlukan untuk membuatkan diriku betul-betul rasa puas bercuti ????? Errmm..Tepuk dada tanyalah hati cik Eifa ye.

Apa-apa pn saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BEKERJA buat semua warga Malaysia yang akan mula bertugas esok. Kepada yang masih dalam perjalan pulang ke KL atau mana-mana destinasi, BERHATI-HATI MEMANDU.

SAMA-SAMA KITA TANAMKAN NIAT DI HATI BERKERJA KERANA ALLAH TAALA :) 
 

HATIKU MILIKMU UNTUK SELAMANYA.

Sekian wa'salam...

Gambar : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485259001533925&set=a.438534799539679.103950.438530032873489&type=1&theater

Khamis, 17 Januari 2013

Berita gembira di hari Jumaat

Assalammualaikum....

ALHAMDULILLAH, hanya kalimah ini sahaja yang dapat dizahirkan di bibir & hati ini apabila menerima berita gembira & rezeki daripada NYA.

Hari Jumaat yg lepas, Alhamdulillah rezeki saya dapat iphone5 dari Celcom. Thanks CELCOM !!! Sungguh, memang tak sangka akan dapat iPhone, ingatkan hanya permenant staf  sahaja yang dapat, tapi tak sangka contract staf pun dapat juga. Syukur sangat  tapi saya tidaklah seperti staf lain yg begitu excited semasa mendapat iPhone. Ada yang sampai berlari-lari semasa nak pergi ambil iphone. Agak geli hati pun ada sebabnya dikalangan mereka ini adalah golongan yang berduit dan berpangkat, hehehehe. Macam-macam ragam boleh dilihat pada hari tu :)
 


Ketika sedang beratur mengambil iphone, saya menerima satu panggilan daripada seseorang. Betapa gembira & bersyukurnya hati ini selepas menjawab panggilan tu.  Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan & hati saya ketika itu. Selepas mengambil iPhone di lobby, saya terus naik ke tempat dan orang pertama yang saya cari ketika itu adalah Cik Leha.

Me   : Lehaaa.....akak nak peluk Leha boleh.
Leha : Boleh...
(kami berpeluk & lepas tu saya cerita kepada Leha ttg berita yg saya terima dr panggilan telefon tadi)

Leha : Nak peluk lagi tak?
Me   : Nak....
(masa tu dah tak hirau tentang staf sekeliling, hehehehe.)


Ok kita pendekkan cerita ;

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Bila balik ke rumah, semuanya telah diaturkan oleh emak,ayah & pihak di sana. 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sekarang fokus pada date 24 Januari 2013. 

Semoga semunya berjalan dengan lancar & baik.


Sekian, wa'salam.

Khamis, 3 Januari 2013

Tiket Juara Lagu 2012


 Tiket Pertandingan Juara Lagu 2012!

@

TV 3





5 tiket : Kakngah, Alang, Fizan, Laila & Laily :)