Pages

Rabu, 21 November 2012

Part2: Selamat Pengantin Baru Saila :)


Assalammualaikum semua. 

Maaf ya gambar pernikahan Saila yg saya upload ini tidak berapa clear. Al maklumlah gambar dari camera handphone 2MP jer, hehehe. Apa-apa pun saya tetap nak share kat blog ini sebagai kenang-kenangan.

9 November 2012, jam 10:30 am, Pn. Saila sah bergelar isteri kepada En. Shahir. Alhamdulillah & tahniah mek :)


 Seyuman dari seorang sahabat yang baru bergelar isteri :)








Ayah pengantin & juga merangkap selaku juru kamera profesional.


Shahir tetap cool gituuu..


Gambar ini kredit dari handphone Cik Leha.


 Are-ra , Saila & saya.


 Leha & saya.
Fakta tentang pakaian yang dipakai oleh dua orang ini : beli di kedai yang sama :) Punyalah semangat nak celebrate hari pernikahan Saila taw, hehehe.


Jam menunjukkan pukul12 pm. Masing-masing dah mula busy dengan handphone, hehe.

Sekian wassalam...

Ahad, 11 November 2012

Part 1: Selamat Pengantin Baru Saila :)

Assalammualaikum semua...

Selamat Pengantin Baru buat Saila & Shahhir, semoga perkahwinan yang dibina pada 9 Novenber 2012  kekal bahagia hingga ke akhir hayat & sentiasa dirahmati oleh Allah, amin :)

Rasanya entry ini agak lambat di post kan. Sebenarnya niat di hati nak tulis entry ini pada hari jumaat lagi tapi apakan daya, line internet di rumah kena potong buat sementara sebab lambat bayar bil internet, hehehe. Jadi terpaksalah tunggu hari Isnin & guna internet office :)

Saila, semoga ko menjadi isteri yang solehah & bakal menjadi ibu yang mithali.  Aku tumpang gembira tengok ko bahagia dan  sentiasa doa yg terbaik untuk ko :)

Maaf sesangat sebab enrty ini simple sahaja & tak dapat nak post apa-apa gambar. Gambar dalam handphone belum upload lagi, nanti bila dah upload insyaAllah boleh share di entry lain pula. 

Errmm..nanti bila album kahwin korang dah siap, jangan lupa roger aku ye. Teringin nak tengok gambar kahwin korang berdua, mesti cun punya :)

Sekian wassalam...