Pages

Isnin, 18 Februari 2013

Entahlah

Assalammualaikum semua...

Jam di laptop menunjukkan pukul 1: 05 AM, mata terasa mengantukkan tapi hati ini bagaikan ingin menggatakan sesesuatu.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Terasa ingin menulis sesuatu, tapi tak tahu dari mana mahu dimulakan.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Tenangkan hati & fikiran. Cari ayat untuk menulis. Tak boleh juga.


Aduhh hai hati.....Kenapa ni? Tidakku mengerti.


Baik, berhenti memikir berhenti menulis berhenti menaip.

:
:
:
:
:


Logout blog

Shutdown laptop

Letak handphone di tepi

Pejam mata

Hati ingat kepada Pemiliknya

Tenangkan fikiran

Tidur.



Allah Allah Allah :"(


Selasa, 12 Februari 2013

Selamat Berkerja

Asssalammualaikum semua...

Subhanallah...nikmatnya rasa bila dapat habiskan masa berehat di rumah dan bersosial dgn teman-teman. Esok dah start bekerja. 4 hari cuti terasa sekejap. Adoiii...kalau cuti 4 hari pun masih rasa  tak cukup, agak-agaknya berapa hari yg diperlukan untuk membuatkan diriku betul-betul rasa puas bercuti ????? Errmm..Tepuk dada tanyalah hati cik Eifa ye.

Apa-apa pn saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BEKERJA buat semua warga Malaysia yang akan mula bertugas esok. Kepada yang masih dalam perjalan pulang ke KL atau mana-mana destinasi, BERHATI-HATI MEMANDU.

SAMA-SAMA KITA TANAMKAN NIAT DI HATI BERKERJA KERANA ALLAH TAALA :) 
 

HATIKU MILIKMU UNTUK SELAMANYA.

Sekian wa'salam...

Gambar : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485259001533925&set=a.438534799539679.103950.438530032873489&type=1&theater