Pages

Selasa, 6 Disember 2011

Jangan terlalu susah hati

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita krn Islam menitikberatkan pencegahan sblm berlaku sesuatu (prevention is better than cure) dan krn ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Jom share...........

Selasa, 18 Oktober 2011


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t. Sumber : credit dr email my boss :)

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT

... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.
Sumber : credit dr email my boss :)

Isnin, 5 September 2011

Shopping di 7 Syawal

Assalammualaikum semua....


Pejam celik pejam celik, hari ini kita dah masuk 7 Syawal. Kalau ikutkan, hari ini ramai di antara kita dah mula kerja. Ermm...termasuklah ana yg mula kerja hari ini selepas bercuti raya selama seminggu. Tapi ana sambung cuti sehari lagi, sebab nk uruskan hal KWSP dgn Saila. Urusannya tak adalah lama sangat, tapi kami ambil cuti terus supaya senang tak perlu nak terkejar-kejar masuk office selapas itu.


Kebetulan dah lama ana & Saila tak keluar jalan bersama. Jadi selepas selesai urusan di KWSP, kami pun pergi jalan-jalan cari barang di Jalan TAR, KL :) Seronak jalan-jalan di jalan TAR, jalan renggan & tak ramai orang. Maklumlah baru lepas raya, jadi warga kota tak keluar berjalan apatah lagi nak ber shopping pula.


Pada mulanya, kami cadang sekadar nak window shopping jer, tapi lebih window shoping kami lakukan. Hampir seratus lbih jugalah duit masing-masing keluar utk shopping tadi. Saila pula ternampak baju kebaya, berkenan & terus dibelinya. Apa kurangnya ana, ternampak 1 baju tu, berkenan & terus beli. Ini kainnya. Baju apa yg ana beli, ana tak maula tunjuk, sebabnya tak adalah lawa mana. Sekadar lawa di mata sendirilah katakan :)

Sebelum beli baju, kami singgah kedai buku. Wahh...macam-macam buku yang menarik yg semapt kami baca & belek2 tadi. Terasa macam nak beli semua buku di kedai buku tu. Tapi kami just beli dua buku sahaja. Ini buku yang ana beli, sekadar nk share.....

Selepas selesai shopping, poket pun dah kering apa lagi kami teruslah balik. Tak singgah mana-mana dah, hehe :)


Cuma apa yang ana nak share kat sini ialah kalau kita nak shopping baju untuk raya, jangan shopping banyak sangat masa bulan Ramadhan sebab harganya lagi mahal. Contohnya, baju kebaya (kebaya nyonya) yang kawan ana beli tadi. Kata Saila, masa bulan Ramadhan dia tnya harga baju kebaya yang dia beli tadi, harganya RM100 lebih. Tapi tadi Saila tanya harga baju kebaya (yg sama) tadi, harganya jatuh kepada rm85. Kami minta kurang, dapat la RM 70. Itu yang Saila trus beli tu...


...... :)

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan itu sungguh pantas...

Assalammualaikum & salam Ramadhan...

Hari ini 15 Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu, skg kita berada betul2 dipertengahan Ramadhan. Masih teringt kata2 drp tok guru, "Ramadhan itu sungguh pantas", " Jadi kita pun kena pantas, berlumba dalam beramal dlm bulan ini, spy kita tdk ketinggalan dalam merebut peluang utk mperolehi pahala & rahmat yg telah dijanjikn oleh Allah swt."

Errm..pengingtan buat diriku sendiri...Kalo dihitung amalanku dr awal Ramadhan sehgga hari ini, Ya Allah bnyk lg kekurangan & kecacatan dlm ibadahku.. :'(

Malamku hnya ku habiskn msa utk mhilangkan pent & mgantuk. Penat yg mgkin tdklah seberapa sgt. Errmm....berkhalyal sblm tdr, itu sdh mjadi satu kemestian. Entah apa tah yg difikirkan oleh fikiran ini. Itu dh jd satu pnyakit dlm diriku ini....Eifa eifa....bila nk berubah ini. Masa trus berlalu dgn pntasnya, kau msh lg di sini dgn imaginasi yg dicipta oleh dirimu sendiri ....huhuhu

Eifa...bngunlah kamu drp buaian mimpi & khayalan, yg telah jauhnya pergi yg sudah pasti mimpi & khayalan itu tiada noktah smpai bila2 selagi dirimu tdk sedar. Khayalan yg hanya mbuat dirimu jauh dgn Tuhan mu, Allah yg Esa....Bangun & sujudlah dikau pd Tuhan mu yg Satu....

Jgn biarkan Ramadhan ini pergi & berlalu begitu shj....

Wa'salam....

Isnin, 30 Mei 2011

Aktiviti di hujung minggu - 29hb Mei :)

Assalammualalikum......

Kata perpatah entah dr mane ak petik, " org lain yg kahwen org lain yg cbuk". Eloklah tu, kena benor dgn ak, abg ak yg nk kahwin, ak yg kelam kelibut buat itu buat ini. Antaranya, kena buat bnda2 alah ini....Hari ini ak mskkan dlm blog, nk share dgn sapa2 yg terlalu or mlintas di blog (wlaupun tak cantik ). Nak msuk dalam FB, nnt tk surprise la plk.......

















Ahad, 8 Mei 2011

Labor Day Celebration :)


07-05-2011, Bukit Jalil.....First time saya sambut Hari Pekerja :)



Persembahan nyanyian daripada kumpulan pancaragam Tentera Darat Diraja Malaysia.









Pembarisan daripada kumpulan Proton yg telah m'getuai bacaan ikrar, ikrar seorg pekerja :) Ikrar la konon, hehehe :)




Persembahan tarian daripada kumpulan Warisan Negeri Johor...memang best !!!




Perasmian Hari Pekerja oleh Yang Amat Berhomat Tmbalan Menteri M'sia :)





My team :)





My pic :) Saynggggg belonnnnnn Celcom :) Yg pic bawah ini, saya dgn kak Siti :) Baru jer berkenalan hari sabtu tu, tp kitaorg dah mesra mcm dah lama kenal. Kak siti mmg baik & peramah orgnya :)

Rabu, 23 Mac 2011

Setiap Hari Itu Adalah Indah

Assalammualaikum, smg semuanya dalam keadaan sihat selalu :)

Alhamdulillah, baru jer habis kelas p'gajian Fiqh di tingkt 14. Sekejap lagi ku mahu pulang :) Saat yg paling mbahagiakan, hehehe :)

21-03-2011, Isnin, ku rasakan hari itu terlalu suram & muram utk ku lalui, kerna masalah hari Jumaat terpaksa tmpuhi pd hari Isnin tu. Alhamdulillah, 21-03-2011 telah pun lalui, syukur.

22-03-2011 , Selasa, ku m'harapkan lebih baik dr hari seblmnya. Tetapi tidak, ada je masalah baru yg timbul semalam. Tak mgapalah, hari Selasa telah pun berlalu. Kata org pahit mcm mane pun hari Selalsa tu, Alhamdulillah dah lepas pun.

Hari ini 23-03-2011, memulakan hari ini seawal pukul 6.15 am...Sekali lg ku m'harapkan hari ini jauh lbh baik drp hari semlmnya. Tapi rasanya hari ini sama jer dgn hari2 seblmnya & rasanya lg teruk kut, huhuhu..Masalah di office tu dah tentu2, pastu tmbah lg dgn duit hilang...Isshhh....tk baikku m'geluh. Aftagfirullah...berdosa sungguh daku pada MU Ya Allah. Maafkan daku Ya Allah...

Now, yg berlalu biarlah ianya berlalu & pergi. Sekarang aku kena kuatkan semngt & jgn putus asa. Setiap hari adalah indah bagiku :) Ungkapan ini akn kutanam dlm sanubariku .Sebesar mana pun masalah yg m'datang, ku tetap tempuhinya. Sebesar mana pun k'silapan yang dilakukan, pasti ada p'gajaran disebaliknya & jd kan ianya suatu iktibar supaya tdk m'gulangi kesilapn yg sama. Manusia mane yg tidak pernh buat kesilapankan. Hari yg berlalu biarlah ianya pergi sebagai sejarah & kenangan manis dalam m'habiskn saki baki hidup di dunia ini. Masaku pun sdh suntuk, jd jgn fikir pnjng lg, berbahagilah wahai hati & jiwaku dgn berada keadaan SEKARNG...YAKINLAH Allah sentiasa bersamaku. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah :)

Khamis, 24 Februari 2011

Al-kisah Aku Pada 25hb :)

Assalammualaikum semua :)

Hari ini 25-02-2011, Jumaat. Apa ada pd 25hb ??? 25hb adalah hari yg ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh aku setiap bulan, sebabnya ialah GAJIIIIII MASUKKKKKK. Yela, gaji masukkan setiap 25hb.

Hari ini sebaik shj kakiku melangkah masuk ke bangunan tmpt kerja, perkara pertama yg aku buat ialah beratur di mesin ATM. Mana taknya, poketku dah 3 hari kering beb. Maklumlah gaji kecikkn, sebelum 25hb lg poket dah kering. Tapi kutetap bersyukur ada jg kerja, ada juga pndapat sendiri :)

Slepas kluarkan duit, perkara pertama yg aku buat ialah asingkan duit RM60.00. RM60.00 tu nak bayar duit kuih. Aku ada beli kuih tat hari isnin lepas. Beli kuih tat pun hutang. hehehe....Aku beli 2 bekas kuih tat nenas, satu untk adik2 dan satu lg aku beli untuk nak bagi pada mamat tu. Disebabkan kitaorg dah xda apa2, so tak ada rezeki mamat tu merasa kuih tat nenas yg aku beli kt ofis. So 1 bekas tat nenas aku bawa blik & 1 bekas lg aku mkn dgn kwn2 ofis :)






Inilah kuih tat nenas yg aku beli tu.



Sedap, nyam nyam nyam.....



Dapat sambutan yg menggalakkan. Alhamdulillah. Sikit hari lg harap2 kosonglah bekas ni kn :)


Itu baru setel 1 bab, nanti di rumah kena setelkan bab lain pula. Nak bagi peruntukkan untuk my love & my heart iaitu emak ayah saya. Peruntukkan konon, mcmlah bnyk sgt kn. Takper2 ini aku syok sendiri k.

Pastu nak beli topup RM30.00. RM30.00 untuk sebulan. Bila bercinta ni, topup RM30.00 tu kdg2 tu tak cukup. Itulah ada hikmah aku xda bf ni, jimat duit topup, pastu tk payah kluar. Duduk rumah memanjang jer....Banyak jimat banyak untung maaaaa..... :)


Nanti malam atau esok pagi aku pergi akan ke pasaraya Giant, nk beli maintained aku pulak. Maintained aku tk bnyak & tk mahal pun. Just beli 1 set pjagaan kulit muka TA. Murah je. yg pasti bwh RM90.00 & kperluan baragan peribadi. Ini tk boleh bgth. Rahsia aku. Jeng jeng jeng.

Ermm...gaji bulan ini sikit sgt sebab OT tk termasuk sekali dalam gaji. Sedih taw....So bulan ini no shoping2. Blh ke aku tahan tak shoping sampai gaji bulan depan?. Hehehe. Kita tggu & lihat. Tapi harap2 lah boleh tahan nafsu ni supaya tak shoping. Kata org ukur baju di badan sendiri. Ingat sikit ye cik Eifa oii....Kalo tk mampu tu buat cara tk mampu k. Hahahaaa.

Bulan depan 11hb, aku nak pergi rombongan ke Terengganu. Mengikut perkiraan bajet bulan ni mcm tk cukup jer. Macam ne eh...Rasa macam nak cancel jer pergi rombongan tu. Tapi aku dah daftar nama utk pergi. Errmm...nanti balik rumah aku nk tnya mak, blh tk kalo kakngah (aku) nk cancel. Rombongan pergi Terengganu ni kumpulan Marhaban mak yg buat. Itu yg aku kena tnya mak tu, sama ada blh cancel or tdk. Kalo tk blh, aku kena bayar RM90.00 utk pergi rombongan tu. Tapi nanti bila sampai Terengganu tk bolehlah shoping, kalo shoping gak, alamatnya bila balik KL tk makanlah aku. Huhuhuuuuuu......
Bajet utk saving plk tk tahulah dapat dapat buat or tdk buat untuk bulan ini. Huhuhu....Bajet untuk belanja adik2 tu insyaAllah ada. Bila lg kn nk belanja depa, masa tgh ada duit ni lah nk belanja. Belanja ke tk belanja ke, sama jer ceritanya. Hujung bulan poket kering gak. So baiklah aku belanja, ada gak sedikit bekalan nk bawa ke 'sana' nanti. Duit ni bnyk mana pun mmg tkkn cukupk. Tak perlu nnk tggu bila gaji besar baru nk jadi pemurah. (Ini m'ingatan utk diri sendiri)

Inilah ia secara ringkasnya kisah aku pada setiap 25hb. Buat belanjawan bulan. Tolak sana tolak sini. Mungkin tiap2 bulan tu tak adalah sama ceritanya, tetapi lebih kurang beginilah al-kisah aku pada 25hb :)

Okeylah, aku berhenti coloteh di sini k. Wa cau dulu. Bye bye :)

Isnin, 24 Januari 2011

Aku yang kenakalan.....


Sedang aku keboringan di pejabat, kak Nurul menjadi mangsa paprazzi.....Aku snap gambar ini senyap-senyap. Alahai kak Nurul ni, mcm mane blh tak perasan, pada hal aku depan dia jer...hehehehe


Aku masukkan gambar kak Nurul dalam Facebook :) Gambar ini aku rename "Last day kak Nurul duduk kat meja ini" Saja nk buat suspen, mst org lain ingat kak Nurul nak pindah ofis.....



Esok- esoknya aku buat perangai lagi. Snap gambar kak Nurul senyap2 :) Kali ini aku email pada Kak Nurul, bos & juga staf yang lain. Tajuk email ' Kenal tak siapa ini"...... Mst semua org tak sabar nk bukak email yang aku bagi ini, jeng jeng jeng......

Selepas sent email, aku laju-laju bangun & bla dari tempat duduk . Buat-buat nak pergi toilet kononnya, pada hal sebenarnya nak diri. Takut jgk beb.....

Balik jer dari toilet, aku buat muka selamba konon-kononnya tak bersalah, hehehe. Sekali kena cekik jgk dgn kak Nurul.....Sebaik kak Nurul tak marah, siap gelak2 lagi...Any where, kak Nurul mmg sporting & best...Sayang kak Nurul.....

Sebenarnya niat aku bukanlah nak mengenakan orang, tetapi just suka-suka & nak bergurau jer. Kata orang hidup mesti happy, bila hati happy muka pun tak makan dek usia & kedutan. Betul ker??? Entah, aku main cakap jer.....kuang kuang kuang

Selepas ini siapa pula yang akan menjadi mangsa paparazzi aku seterusnya. Jeng jeng jeng...Tapi rasanya aku macam dah nampak calon - calonnya, iaituuuuu kak Rina...Pada kak Rina, jaga2 ye....hehehe

Oppss...terfikir jg, kalaulah kak Nurul terbaca apa yang aku tulis kt blog ini, agak2 nya kak Nurul marah tk ??? Errmmmm.....boleh jadi....kak Nurul naik angin ni...Takperlah, kita tinggalkan persoalan ini, kita tunggu dan lihat je apa yg akan terjadi kalau2 kak Nurul terbaca blog ini....

Wokey, aku nak sambung buat PR, manager En. Bob dah calling2 aku....

Wa cau dulu k :)

Bye, tata.....

Jumaat, 21 Januari 2011

Laa Tahzan...


Wahai saudaraku, wahai sahabatku, janganlah kamu bersedih. Nurkilan ini bukan ku tujukan kepada sahabat- sahabat yang membacanya, tetapi juga satu pengingatan buat diriku. Janganlah juga kita berduka, berdendam rasa, iri hati mahu pun kecewa. Mengapa perlu kita bersedih, sedangkan Allah sentiasa bersama kita, cuma kita sahaja yang sentiasa melupakan dan berasa Allah jauh dengan kita. Padahal Allah sangat dekat dengan kita.....


Khamis, 20 Januari 2011

Aku juga ingin melalui saat-saat itu....



Pada 19 Januari 2011, kak Reen ku telah selamat melahirkan puterinya yang kedua.

Aku telah melawat kak Reen pada hari itu juga di Hospital Tawakal. Dekat jer dgn ofis. Jadi masa lunch, aku dengan kak Yani, kak nurul, kak Rina & kak Ina mengambil kesempatan untuk pergi melawat kak Reen.



Entah kenapa, hatiku begitu beria-ria dan gembira sgt nak pergi melawat kak Reen di hospital.

Pada hal, ini bukan kali pertama aku pergi melawat orang bersalin....errmmm...agaknya kenapalah ye aku ni.....



Sampai di hospital, kami masuk ke bilik kak Reen, kelihatan wajah kak Reen yang agak pucat dan lemah. Kasihan kak Reen, tetapi itulah keistimewaan seorang ibu. Sakit macam mana pun, senyuman tetap diberikan ketika melihat kehadiran kami. Tidak lama kemudian, terdegar suara baby menangis dari luar bilik kak Reen, owwhhh...rupa-rupanya jurawat datang membawa si kecil comel masuk ke bilik untuk diberikan kepada ibunya untuk disusukan....



Hati kecilku cukup tersentuh melihat kak Reen menyusukan anaknya. Terdetik di hati ini, bilakah masanya aku pula merasai saat- saat dan pengalaman seperti ini. Saat bergelar seorang isteri dan ibu. Bila ya agaknya. Aku sendiri tiada jawapannya. Aku insan biasa yang punyai hati nurani, yang ingin dikasihi dan mengasihi dan aku juga tidak dapat lari daripada perasaan seperti ini. Terasa diri ini sudah tidak sabar mempunyai anak sendiri apa tah lagi sifat keibuan terasa mengalir dalam sanubariku. Ye ker ??? bunyi macam perasanlah pulakan....hehehe

Mgkin akan ada org berkata padaku, "ye la...skg ini memanglah kau tk sabar sebabnya kau belum kahwin, belum menggandung dan belum merasai kesakitan & keperitan m'gandung dan melahirkan anak". Ye ke ??? Tetapi bukannya aku tidak pernah dengar kisah daripada pengalaman orang menggandung & melahirkan anak sebelum-sebelum ini. Aku juga sering mendengar kisah
seorang ibu meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, kepayahan-kepayahan yang terpaksa dilalui seorang ibu yang sedang menggandung dan aku juga tahu sakit melahirkan anak ini adalah sakit yang paling sakit di dunia. Kata orang sakit 50 - 50. Apa tu, 50 - 50 ??? takkan lah tak tahu, huhuhu... Namun itulah cantiknya Allah tanpa kita sedari. Allah memberi sifat keibuan dalam setiap kaum wanita itu, sifat keibuan inilah yang menjadikan sesorang wanita itu kuat dalam mengharungi dan menumpuh cabaran, dugaan, rintangan dan kesakitan ketika menggandung dan melahir kan anaknya. Sakit macam mana pun yang ditanggung ketika melahirkan anak sulungnya, InsyaAllah 2, 3 @ 4 tahun lagi, si abang @ si kakak akan dapat adik lagi. Hehehe. Itulah dia istemewanya seorang ibu.

Begitu juga aku, semua itu tidak pernah menakutkan aku.
Kerna seorang ibu itu adalah seorang wanita dan kerana itulah Allah memberi sifat kasih sayang yang lebih dalam diri wanita. Disebabkan aku seorang wanita, maka kerana itulah wujud perasaan seperti yang aku ceritakan ketika melihat kak Reen m'dukung dan m'yusukan baby nya. Bukan ku pinta perasaan dan sifat ini m'galir dalam hatiku, tetapi ianya merupakan suatu fitra manusia yang telah Allah kurniakan kepadaku, walaupun aku belum lagi menjadi seorang ibu mahupun isteri.



Persoalan bilakah masanya aku merasai dan melalui pengalaman melahirkan anak, menyusukan anak, memandikannya dan seumpamanya ini, sentiasa bermain difikiranku. Kadang-kadang nak lari daripada memikirkannya, tetapi ianya berjaya seketika sahaja, pastu bila lihat kanak-kanak apatah lagi gelagat & telatah mereka, perasaan seperti ini bermain lagi difikiranku. Perasaan ini bukan ku sengaja minta mahu pun suka-suka buat, namun seperti yang ku katakan tadi, ianya suatu fitrah semulajadi yang telah Allah berikan.



Kepada yang membaca blog ini, janganlah ada yang salah erti dan salah faham tentang diriku. Mungkin ada yang mengatakan aku ini tak sabar sangat nak kahwin atau apa-apa sahaja. Coretan ini sekadar luahan rasa daripada seorang insan yang bergelar perempuan yang bernama Eifa......Timbul lagi persolan, bilakah aku akan melalui saat-saat itu???? Biarlah masa yang menentukan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan bila masanya Dia mahu memberikan sesuatu rezeki (pelbagai bentuk rezeki) kepada hambanya, sudah pasti akan kena dan tepat pada masanya. Bukankah begitu...Dan apa yang pasti , aku juga ingin melalui saat-saat itu........