Pages

Khamis, 20 Januari 2011

Aku juga ingin melalui saat-saat itu....



Pada 19 Januari 2011, kak Reen ku telah selamat melahirkan puterinya yang kedua.

Aku telah melawat kak Reen pada hari itu juga di Hospital Tawakal. Dekat jer dgn ofis. Jadi masa lunch, aku dengan kak Yani, kak nurul, kak Rina & kak Ina mengambil kesempatan untuk pergi melawat kak Reen.



Entah kenapa, hatiku begitu beria-ria dan gembira sgt nak pergi melawat kak Reen di hospital.

Pada hal, ini bukan kali pertama aku pergi melawat orang bersalin....errmmm...agaknya kenapalah ye aku ni.....



Sampai di hospital, kami masuk ke bilik kak Reen, kelihatan wajah kak Reen yang agak pucat dan lemah. Kasihan kak Reen, tetapi itulah keistimewaan seorang ibu. Sakit macam mana pun, senyuman tetap diberikan ketika melihat kehadiran kami. Tidak lama kemudian, terdegar suara baby menangis dari luar bilik kak Reen, owwhhh...rupa-rupanya jurawat datang membawa si kecil comel masuk ke bilik untuk diberikan kepada ibunya untuk disusukan....



Hati kecilku cukup tersentuh melihat kak Reen menyusukan anaknya. Terdetik di hati ini, bilakah masanya aku pula merasai saat- saat dan pengalaman seperti ini. Saat bergelar seorang isteri dan ibu. Bila ya agaknya. Aku sendiri tiada jawapannya. Aku insan biasa yang punyai hati nurani, yang ingin dikasihi dan mengasihi dan aku juga tidak dapat lari daripada perasaan seperti ini. Terasa diri ini sudah tidak sabar mempunyai anak sendiri apa tah lagi sifat keibuan terasa mengalir dalam sanubariku. Ye ker ??? bunyi macam perasanlah pulakan....hehehe

Mgkin akan ada org berkata padaku, "ye la...skg ini memanglah kau tk sabar sebabnya kau belum kahwin, belum menggandung dan belum merasai kesakitan & keperitan m'gandung dan melahirkan anak". Ye ke ??? Tetapi bukannya aku tidak pernah dengar kisah daripada pengalaman orang menggandung & melahirkan anak sebelum-sebelum ini. Aku juga sering mendengar kisah
seorang ibu meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, kepayahan-kepayahan yang terpaksa dilalui seorang ibu yang sedang menggandung dan aku juga tahu sakit melahirkan anak ini adalah sakit yang paling sakit di dunia. Kata orang sakit 50 - 50. Apa tu, 50 - 50 ??? takkan lah tak tahu, huhuhu... Namun itulah cantiknya Allah tanpa kita sedari. Allah memberi sifat keibuan dalam setiap kaum wanita itu, sifat keibuan inilah yang menjadikan sesorang wanita itu kuat dalam mengharungi dan menumpuh cabaran, dugaan, rintangan dan kesakitan ketika menggandung dan melahir kan anaknya. Sakit macam mana pun yang ditanggung ketika melahirkan anak sulungnya, InsyaAllah 2, 3 @ 4 tahun lagi, si abang @ si kakak akan dapat adik lagi. Hehehe. Itulah dia istemewanya seorang ibu.

Begitu juga aku, semua itu tidak pernah menakutkan aku.
Kerna seorang ibu itu adalah seorang wanita dan kerana itulah Allah memberi sifat kasih sayang yang lebih dalam diri wanita. Disebabkan aku seorang wanita, maka kerana itulah wujud perasaan seperti yang aku ceritakan ketika melihat kak Reen m'dukung dan m'yusukan baby nya. Bukan ku pinta perasaan dan sifat ini m'galir dalam hatiku, tetapi ianya merupakan suatu fitra manusia yang telah Allah kurniakan kepadaku, walaupun aku belum lagi menjadi seorang ibu mahupun isteri.



Persoalan bilakah masanya aku merasai dan melalui pengalaman melahirkan anak, menyusukan anak, memandikannya dan seumpamanya ini, sentiasa bermain difikiranku. Kadang-kadang nak lari daripada memikirkannya, tetapi ianya berjaya seketika sahaja, pastu bila lihat kanak-kanak apatah lagi gelagat & telatah mereka, perasaan seperti ini bermain lagi difikiranku. Perasaan ini bukan ku sengaja minta mahu pun suka-suka buat, namun seperti yang ku katakan tadi, ianya suatu fitrah semulajadi yang telah Allah berikan.



Kepada yang membaca blog ini, janganlah ada yang salah erti dan salah faham tentang diriku. Mungkin ada yang mengatakan aku ini tak sabar sangat nak kahwin atau apa-apa sahaja. Coretan ini sekadar luahan rasa daripada seorang insan yang bergelar perempuan yang bernama Eifa......Timbul lagi persolan, bilakah aku akan melalui saat-saat itu???? Biarlah masa yang menentukan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan bila masanya Dia mahu memberikan sesuatu rezeki (pelbagai bentuk rezeki) kepada hambanya, sudah pasti akan kena dan tepat pada masanya. Bukankah begitu...Dan apa yang pasti , aku juga ingin melalui saat-saat itu........