Pages

Jumaat, 28 Disember 2012

Didik Diri Untuk Sentiasa Berserah Kepada Allah

Assalammualaikum semua....

Pernah satu hari itu kak Hamidah ( my ex-bos) ajak saya lunch sama dengannya di KLCC dan jika lunch di KLCC kami selalu makan di food court level 2 @ 4sahaja. Kebiasaannya pada waktu lunch kesemua tempat makan di KLCC begitu crowded. Jadi kami akan berpusing dan berjalan dahulu di food court untuk mencari mana-mana meja makan yang kosong sebelum membeli makanan.

Alhamdulillah, hari tu sebaik kami tiba di food court level 2 ada satu meja kosong dan kami terus menuju dan duduk di meja tu tanpa perlu berpusing-pusing di food court untuk mencari meja kosong atau menunggu orang lain habis makan dulu.

Selepas makan, kak Mid ajak tengok kasut dan sambil window shopping tu kami berbual-bual. Ini antara perbulan yang masih saya ingat yang lebih kurang begini :


Kak Mid : Tak sangka pula senang dapat meja makan tadikan. Sampai-sampai jer terus ada meja   kosong.

Saya : Ahaah, tak payah nak tunggu lama untuk cari meja.

Kak Mid : Tu la kita kena berserah kepada Allah. Tadi masa nak makan, akak niat dalam hati "Ya Allah, Kau letaklah aku di mana sahaja, aku berserah sahaja". Kita kena selalu berserah kepada Allah dalam semua perkara.

Saya : Yelah kan, dalam Al Quran pun memang menyuruh kita berserah kepada Allah. Tapi kita tak pernah menyedarinya dan berserah diri kepada Allah. (sorry, ayat kena skema sikit hehehe)

Kak Mid : Kita selalu dahulukan usaha & selepas itu baru kita bertawakal. Silap tu,sebenar kita kena tawakal dulu, (berdoa), baru berusaha.
 

Beberapa firman Allah Ta'ala mengenai tawakal ini (yang saya terbaca dalam blog Taman Berbagi) adalah :
"Dan bertawakalah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memujiNya...( QS. Al-Furqan (25) : 58 ). 
Dia juga berfirman : "Sebab itu bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata". ( QS. An-Naml (27) : 79 ). 
" Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal,jika kamu benar-benar orang yang beriman ". ( QS. Al-Maaidah (5) : 23 ).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda dalam satu sabdanya :
" Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal,niscaya Allah akan mengaruniakan rezeki kepadamu sebagaimana Dia mengaruniakan rezeki kepada burung, ia keluar dari sarangnya pada pagi hari dalam keadaan perut kosong dan kembali pada sore harinya dalam keadaan kenyang "( HR. Ahmad ).

Perbualan antara saya dan kak Mid pada hari itu sangat meninggalkan kesan di hati ini. Semenjak itu, saya mula mendidik diri & hati agar selalu bertawakal/berserah kepada Allah & yakin sepunuhnya akan perancangan Allah untukku. Bila kita mohon pertolongan daripada Allah insyaAllah Allah akan memberi jalan untuk hambaNYA.

Saya mula practice sifat ini dalam kehidupan harian sedikit demi sedikit termasuklah soal kerja. Pejam celik pejam celik kita hampir meninggalkan tahun 2012. Hati mula rasa gelisah memikirkan kontrak kerja yang akan tamat hujung tahun ini dan dalam masa yang sama structure division juga akan berubah.Bila structure bertukar, pasti ada beberapa staf akan bertukar bos. Entah mengapa hati ini dapat rasakan yang saya antara staf akan bertukar bos. Rupanya jangkaan itu betul. Dalam structure baru nanti saya akan report bawah bos lain pula. Saya tenang apabila mengetahui perkara ini & terima sahaja tanpa banyak mengugut. Saya berserah, Allah nak letaklah diriku berkerja bawah siapa pun saya terima, berserah & redha.

Alhamdulillah,26 hb saya dapat email offer letter dari HR. Ya Allah syukur sesangat pada Mu ya Allah. Alhamdulillah juga sudah 2 minggu saya report bawah bos baru dan sudah start buat kerja baru juga. So far semuanya berjalan dengan baik dan hopefully semuanya kekal baik :)

Sekian wa'salam....

Rabu, 21 November 2012

Part2: Selamat Pengantin Baru Saila :)


Assalammualaikum semua. 

Maaf ya gambar pernikahan Saila yg saya upload ini tidak berapa clear. Al maklumlah gambar dari camera handphone 2MP jer, hehehe. Apa-apa pun saya tetap nak share kat blog ini sebagai kenang-kenangan.

9 November 2012, jam 10:30 am, Pn. Saila sah bergelar isteri kepada En. Shahir. Alhamdulillah & tahniah mek :)


 Seyuman dari seorang sahabat yang baru bergelar isteri :)








Ayah pengantin & juga merangkap selaku juru kamera profesional.


Shahir tetap cool gituuu..


Gambar ini kredit dari handphone Cik Leha.


 Are-ra , Saila & saya.


 Leha & saya.
Fakta tentang pakaian yang dipakai oleh dua orang ini : beli di kedai yang sama :) Punyalah semangat nak celebrate hari pernikahan Saila taw, hehehe.


Jam menunjukkan pukul12 pm. Masing-masing dah mula busy dengan handphone, hehe.

Sekian wassalam...

Ahad, 11 November 2012

Part 1: Selamat Pengantin Baru Saila :)

Assalammualaikum semua...

Selamat Pengantin Baru buat Saila & Shahhir, semoga perkahwinan yang dibina pada 9 Novenber 2012  kekal bahagia hingga ke akhir hayat & sentiasa dirahmati oleh Allah, amin :)

Rasanya entry ini agak lambat di post kan. Sebenarnya niat di hati nak tulis entry ini pada hari jumaat lagi tapi apakan daya, line internet di rumah kena potong buat sementara sebab lambat bayar bil internet, hehehe. Jadi terpaksalah tunggu hari Isnin & guna internet office :)

Saila, semoga ko menjadi isteri yang solehah & bakal menjadi ibu yang mithali.  Aku tumpang gembira tengok ko bahagia dan  sentiasa doa yg terbaik untuk ko :)

Maaf sesangat sebab enrty ini simple sahaja & tak dapat nak post apa-apa gambar. Gambar dalam handphone belum upload lagi, nanti bila dah upload insyaAllah boleh share di entry lain pula. 

Errmm..nanti bila album kahwin korang dah siap, jangan lupa roger aku ye. Teringin nak tengok gambar kahwin korang berdua, mesti cun punya :)

Sekian wassalam...

Ahad, 2 September 2012

Dalila's Wedding :)

Assalammualaikum...

1 September 2012 merupakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna buat kawan saya, Nor Dalila apabila bergelar seorang isteri. TAHNIAH buat Dalila dan suami. Semoga perkahwinan yang dibina dipayungi dengan rahmatNYA dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin...

Antara gambar yang sempat saya ambil sepanjang majlis pernikahan dan persandingan Dalila ;




 Majlis pernikahan di Masjid At - Taqwa, Selayang Baru.




 Alhamdulillah, lega Dalila selepas si suami selesai ucapkan lafaz nikah dengan satu lafaz. Gambar suami Dila tak dapat saya ambil sebab dikebungi dengan para tetamu dan juru kamera yang lebih bertauliah daripada saya, hehehe.


 Salah 1 daripada barang hantaran Dalila. Cantik :)






 Bergambar dengan si pengantin.






 Sesi membatalkan air sembahyang.


 Dalila memang cantik pada hari tu :)






 Semoga menjadi isteri yang solehan & menyejuk mata buat si suami.



 
 2 September 2012, Majlis persandingan di Dewan Siantan Selayang Baru. Hari tu saya datang lewat, so tak sempat nak ambil gambar pengantin semasa tengah bersanding.










 Antara rakan sekolah yang hadir.








  Selepas balik daripda majlis Dalila, Syuhada jemput pergi beraya ke rumah dia. Nak kenal mana satu Syuhada tak ??? Haa..dalam gambar di atas ni Syuhada. Macam orang senget. Syok sendiri kat kereta pengantin. Jangan marah ea... saya dah minta izin daripada Syuhada nak post gambar dia kt blog dan nak tulis title orang senget. Dia kata "ok ", hehehe. Syuhada ni memang sporting orangnya :)


Cute kan :)




Balik daripada beraya rumah Syuhada, adik saya ajak makan ayam penyet kat Sri Gombak. Saya ni memang pantang diajak jalan-jalan, laju jer nak ikut. Tak kisahlah nak ajak pergi makan ker, shoping ker atau pergi mana-mana.

Sebaik sampai ke kedai ayam penyit, lantas fikiran ini teringat pada Dalila. Hati kecil berkata, "kat kedai ni lah yang selalu ak lepak dengan Dalila bila balik kerja". Biasanya kalau Dalila ambil saya balik dari kerja kami akan lepak-lepak & makan dulu kat kedai makan ini.So lepas ni tak boleh dah nak ajak Dalila keluar makan2 dah,  huhuhu.

Tahun 2012 ni, semakin ramai kawan-kawan yang berkahwin dan bakal memasuki alam perkawinan. Yang paling tak sabar nak tunggu wedding Saila pula. Kepada kawan-kawan yang bakal menjadi raja sehari, saya doakan semoga segala urusan kalian berjalan dengan baik dan lancar. Saya kat sini tunggu & standby jer nak makan nasi minyak kalian, hehehe.

Sekian, wa'salam.

Sabtu, 1 September 2012

Happy Birthday Laily :)


Assalammualaikum...

Entry ini khas buat Laily.

Kesempatan ini kakngah nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YG KE-16. Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat & berjaya di dunia dan akhirat. Amin...






Kakngah doakan juga, smg segala cita-cita & impian Laily tercapai. Amin Ya Rabbal Alamin. :)








 Terima kasih Laila sb sponsor kek :)

Sedappp...nyumm! nuymm!







Sekian, wa'salam...

Rabu, 22 Ogos 2012

Eidul fitri 1433H /2012M

Assalammualaikum ikhwanku...

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI buat kalian semua. Semoga kita menyambut hari raya yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan menyambutnya dalam pengertian raya yang sebenarnya.

Kepada yang mengenali diri ini, mohon maaf di atas segala salah & silap & mohon halal segala makan minum & ilmu yang telah diberikan :'(

Alhamdulillah, setiap tahun sambutan hari raya sentiasa gembira & meriah bersama keluarga tercinta.



Bersiap untuk pergi sembahyang raya.




Minta maaf & ampun daripada bonda tercinta, itu sudah menjadi kewajipan :)




 Alhamdulillah, raya tahun ni lebih gembira dengan kehadiran orang baru, iaitu Mujahid.








Gambar bersama keluarga tersayang :)


 Eidul fitri 1432H /2011M, Dayyinah baru berusia sebulan lebih & masa tu Dayyinah berada di kampungnya. Raya tahun ni, baru dapat beraya dengan Dayyinah.


Senyuman daripada si kecil, Dayyinah. Memang tak boleh lawan, kalah senyuman Miss Malaysia taw.


Bergambar dengan Makteh.


Sudah menjadi satu tradisi keluarga, selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan beraya di rumah Makteh.
 


Jalan-jalan. Pergi beraya rumah saudara-mara yang terdekat.


Keluarga mertua abg long datang beraya di rumah.




Sekian, wa'salam..