Assalammualaikum ikhwanku...
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI buat kalian semua. Semoga kita menyambut hari raya yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan menyambutnya dalam pengertian raya yang sebenarnya.
Kepada yang mengenali diri ini, mohon maaf di atas segala salah & silap & mohon halal segala makan minum & ilmu yang telah diberikan :'(
Alhamdulillah, setiap tahun sambutan hari raya sentiasa gembira & meriah bersama keluarga tercinta.
Bersiap untuk pergi sembahyang raya.
Minta maaf & ampun daripada bonda tercinta, itu sudah menjadi kewajipan :)
Gambar bersama keluarga tersayang :)
Eidul fitri 1432H /2011M, Dayyinah baru berusia sebulan lebih & masa tu Dayyinah berada di kampungnya. Raya tahun ni, baru dapat beraya dengan Dayyinah.
Senyuman daripada si kecil, Dayyinah. Memang tak boleh lawan, kalah senyuman Miss Malaysia taw.
Bergambar dengan Makteh.
Sudah menjadi satu tradisi keluarga, selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan beraya di rumah Makteh.
Jalan-jalan. Pergi beraya rumah saudara-mara yang terdekat.
Keluarga mertua abg long datang beraya di rumah.
Sekian, wa'salam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan