Pages

Isnin, 25 Jun 2012

Ya Allah, jemputlah daku menjadi tetamuMU


Assalammualaikum semua & salam hari Isnin :) Hari ini sy cuti sebab nak hantar bonda tersayang & adik ke KLIA untuk menunaikan umrah. Kali ini mak pergi umrah dgn adik bongso & 2 org sepupu.Alhamdulillah...

Masuk kali ini, sudah beberapa kali saya menghantar mak dan saudara mara yang lain pergi ke KLIA untuk menunaikan haji atau umrah. Setiap kali menghantar mereka ke KLIA, hati ini terasa sayu dan  teringin benar menjejak kaki ke tanah suci MU Ya Allah...

Ya Allah, jemputlah daku menjadi tetamuMU suatu hari nanti :"(



Laily dengan bagasinya :)






Selamat jalan mak & Laily & selamat menunaikan umrah....Baru beberapa jam mak tak ada di rumah, hatiku sudah terasa sayu & kerinduan padamu bonda, huhuhu :"(
















Alai hai....Si kecil Dayyinah ini pun sibuk nak hantar pakciknya. Tapi tidur tetap tidur ye, zzzzzzzzzzzzzzz




Sementara menunggu tu, sempat lagi berposing :)





 Ini dia dua beradik, abang & adik (sepupu)



Yang kanan tu, Pak Teh saya :)




 Selamat berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah semua. Semoga selamat sampai & selamat pulang...


 Sekian, wa'salam...



Selasa, 19 Jun 2012

Dalam kegembiraan ada kesedihan....


Assalammualaikum semua...Semoga semuanya ceria dalam menjalankan tugas harian ya !

Alhamdulillah...Semalam kami sekeluarga rasa gembira & bersyukur atas kehadiran seorang orang baru dalam keluarga kami iaitu Syed Muhammad Mujahid. Namun, dalam kegembiraan itu, ada juga kesedihan, huhuhu. Mak Teh (adik emak) telah dimasukkan ke hospital Selayang semalam. Hospital & hari yang sama kaklong masuk hospital untuk bersalin....

Disebabkan saya sampai lewat ke rumah dan sudah masuk Magrib waktu itu, saya tak sempat nak melawat Mak Teh di hospital :( Namun dalam kegembiraan menyambut kelahiran Mujahid, jauh di sudut hati ini tetap sedih & risau  tentang keadaan Mak Teh di hospital. Semoga MakTeh kuat & sabar menghadapi ujian Allah ini. 

Tadi masa online FB, saya terbaca satu artikel tentang 10 golongan wanita yang dirindui SYURGA :

1) Wanita yang taat menjalankan agama.

2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.

3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.

4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.

5. Wanita yang sabar menerima penyakit.

6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.

7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.

8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.

9. Wanita yang menyayangi binatang.

10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.
 

Golongan yang ke 5: Wanita yang sabar menerima penyakit. Mak Teh telah lama sakit, rasanya Mak Teh sakit sejak saya tingkatan 4 lagi. MasyaAllah, hampir sepuluh tahun Mak Teh sabar menghadapi ujian ini. Kalau saya ditempat Mak Teh, belum tentu lagi saya sekuat Mak Teh sekarang. Mudah-mudahan dosa Mak Teh gugur  dan terus gugur & Allah mengampunkan segala doasa Mak Teh. Amin...


 Rodiah doa semoga Mak Teh cepat sembuh. Amin..

Ini gambar pada tahun 2011. Mak Teh sambut cucu pertamanya Nur Balqis Daiyinah di Hospital Tawakal, KL.

 Sayanggggg Mak Teh ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Wa'salam...


Anak saudaraku yang pertama :)



Asslammualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat & rahmat Nya...


19 Jun 2012 - Alhamdulillah, baru beberapa minit yang lalu, saya sah bergelar...........................................................................................................

MAKNGAH :) :) :)

TAHNIAH buat abg long & kak long atas kelahiran permata sulung mereka sementar tadi, jam 3:11pm. Semoga putera kesayangan ini menjadi anak yang soleh, beriman & pejuang agama suatu hari nanti. InsyaAllah. Alhamdulillah, yang paling penting kaklong & baby yang dilahirkan telah pun selamat, syukur...

Rasa tak sabar nak tengok anak buah sy ni, maklumlah baru dapat anak buat pertamalah katakan, hehehehe. 



Ahad, 10 Jun 2012

Apa yang kita inginkan dalam hidup ini...



Assalammualaikum semua. Semoga semuanya sihat & ceria selalu ya! :) :) :)

Entry kali ini nak crt ttg "apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini" 

Tadi online FB, terbaca satu topik ttg "ANDA INGINKAN..."  kalau baca apa yg tertulis di gambar bawah ini, secara fitrahnya saya setuju memang kita mahukan semua ini dalam hidup ini:


 Gambar : credit dr http://www.facebook.com/photo.php?fbid=388625064493625&set=a.216939194995547.56397.216898451666288&type=1&theater


KESIHATAN - Kesihatan pada diri sy merupakan nikmat kedua terbesar selepas nikmat Islam. Sy pernah terbaca satu buku motivasi (maaf tak ingat tajuk buku itu apa) - dalam buku itu ada tertulis 1 ayat yg lebih kurang maksudnya "sekali sekala, datanglah melawat hospital, baru kita akan terasa bersyukur & betaba besarnya nikmat kesihatan yg kita miliki sekarang ini"

SERI WAJAH -  Kepada sesiapa yang mahu wajahnya "sedap mata memandang" @ "sejuk mata memandang" oleh orang lain, amalkan petua ni,jgn malas utk bangun Qiamullai ya...Tapi niat tu kena betul jg,  jgn Qiamullai semata2 kerana mahukan wajah kita berseri2 plk ye, huhuhu.

KETENANGAN  - Memperbanyakkan membaca Al Quran, berzikir & berselawat, InsyaAllah  hati & jiwa kita akan menjadi tenang.

KEBAHAGIAN - Bahagia dunia bahagia akhirat, Subhanallah, itu yg kita mahukan :) Jadi JANGAN melewatkan solat dgn sengaja & solatlah di awal waktu. Pesanan buat diri sendiri, huhuhu :'(

KEBERKATAN - Sekali kita selawat kpd kekasih Allah, sepuluh kali ganda Allah turunkn rahmat pd kita. Subhanallah, sgguh pemurah Dia pd hamba2 NYA.Sgguhnya ksh syg Allah itu mengatasi kemungkaranNYA.



Sekian, wassalam :)