Pages

Selasa, 19 Jun 2012

Dalam kegembiraan ada kesedihan....


Assalammualaikum semua...Semoga semuanya ceria dalam menjalankan tugas harian ya !

Alhamdulillah...Semalam kami sekeluarga rasa gembira & bersyukur atas kehadiran seorang orang baru dalam keluarga kami iaitu Syed Muhammad Mujahid. Namun, dalam kegembiraan itu, ada juga kesedihan, huhuhu. Mak Teh (adik emak) telah dimasukkan ke hospital Selayang semalam. Hospital & hari yang sama kaklong masuk hospital untuk bersalin....

Disebabkan saya sampai lewat ke rumah dan sudah masuk Magrib waktu itu, saya tak sempat nak melawat Mak Teh di hospital :( Namun dalam kegembiraan menyambut kelahiran Mujahid, jauh di sudut hati ini tetap sedih & risau  tentang keadaan Mak Teh di hospital. Semoga MakTeh kuat & sabar menghadapi ujian Allah ini. 

Tadi masa online FB, saya terbaca satu artikel tentang 10 golongan wanita yang dirindui SYURGA :

1) Wanita yang taat menjalankan agama.

2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.

3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.

4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.

5. Wanita yang sabar menerima penyakit.

6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.

7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.

8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.

9. Wanita yang menyayangi binatang.

10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.
 

Golongan yang ke 5: Wanita yang sabar menerima penyakit. Mak Teh telah lama sakit, rasanya Mak Teh sakit sejak saya tingkatan 4 lagi. MasyaAllah, hampir sepuluh tahun Mak Teh sabar menghadapi ujian ini. Kalau saya ditempat Mak Teh, belum tentu lagi saya sekuat Mak Teh sekarang. Mudah-mudahan dosa Mak Teh gugur  dan terus gugur & Allah mengampunkan segala doasa Mak Teh. Amin...


 Rodiah doa semoga Mak Teh cepat sembuh. Amin..

Ini gambar pada tahun 2011. Mak Teh sambut cucu pertamanya Nur Balqis Daiyinah di Hospital Tawakal, KL.

 Sayanggggg Mak Teh ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Wa'salam...


Tiada ulasan: