Pages

Ahad, 10 Jun 2012

Apa yang kita inginkan dalam hidup ini...



Assalammualaikum semua. Semoga semuanya sihat & ceria selalu ya! :) :) :)

Entry kali ini nak crt ttg "apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini" 

Tadi online FB, terbaca satu topik ttg "ANDA INGINKAN..."  kalau baca apa yg tertulis di gambar bawah ini, secara fitrahnya saya setuju memang kita mahukan semua ini dalam hidup ini:


 Gambar : credit dr http://www.facebook.com/photo.php?fbid=388625064493625&set=a.216939194995547.56397.216898451666288&type=1&theater


KESIHATAN - Kesihatan pada diri sy merupakan nikmat kedua terbesar selepas nikmat Islam. Sy pernah terbaca satu buku motivasi (maaf tak ingat tajuk buku itu apa) - dalam buku itu ada tertulis 1 ayat yg lebih kurang maksudnya "sekali sekala, datanglah melawat hospital, baru kita akan terasa bersyukur & betaba besarnya nikmat kesihatan yg kita miliki sekarang ini"

SERI WAJAH -  Kepada sesiapa yang mahu wajahnya "sedap mata memandang" @ "sejuk mata memandang" oleh orang lain, amalkan petua ni,jgn malas utk bangun Qiamullai ya...Tapi niat tu kena betul jg,  jgn Qiamullai semata2 kerana mahukan wajah kita berseri2 plk ye, huhuhu.

KETENANGAN  - Memperbanyakkan membaca Al Quran, berzikir & berselawat, InsyaAllah  hati & jiwa kita akan menjadi tenang.

KEBAHAGIAN - Bahagia dunia bahagia akhirat, Subhanallah, itu yg kita mahukan :) Jadi JANGAN melewatkan solat dgn sengaja & solatlah di awal waktu. Pesanan buat diri sendiri, huhuhu :'(

KEBERKATAN - Sekali kita selawat kpd kekasih Allah, sepuluh kali ganda Allah turunkn rahmat pd kita. Subhanallah, sgguh pemurah Dia pd hamba2 NYA.Sgguhnya ksh syg Allah itu mengatasi kemungkaranNYA.



Sekian, wassalam :)



Tiada ulasan: