Pages

Jumaat, 27 Julai 2012

Sembang-sembang di FB

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Macam mana dengan ibadah puasa kalian? Semoga semuanya sihat dan mudah-mudahan ibadah puasa kita ini dapat meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita kepada Allah. Amin...

Hari ini genap 7 Ramadhan, 1433H.  Alhamdulillah. Kita antara insan terpilih untuk memasuki bulan Ramadhan untuk tahun ini. Al Fatihah buat saudara kita yang telah mendahului kita menemui Allah Taala. Mudah-mudahan mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman.

Pagi tadi seorang kawan chat saya di FB. Kebetulan hari ini bos tak masuk office. Apa lagi, line clear, so bolehlah nak chating, hehehe :) Panjang lebarlah kami bersembang. Sampai ke tengah hari.

Mula-mula tujuan utama kawan saya chat sebab nak bagi tahu tentang ada iklan kerja kosong, dia suruh saya apply. Jadi saya kata "ok, insyaAllah nanti ak tengok iklan tu & apply. Thank you ye ". 

Dari cerita tentang kerja, pergi ke cerita tentang berbuka puasa. Berbuka  makan apa, berbuka di mana & lain2 yang seangkatan dengannya. Dari cerita berbuka puasa pergi ke cerita raya & balik kampung.  Meleretlah sampai cerita tentang politik pun ada.

Tapi yang paling banyak ialah kami sembang pasal hal kahwin.Tapi bukan saya yang mulakan dulu cerita pasal kahwin ni k, kawan saya yang mulakan dulu taw, hehehehe. Al- maklumlah, dia dah berkahwin, jadi orang yang dah ada pengalaman mestilah dia yang banyak bercerita. Saya pun layan jer. Ambil pengalaman orang lain, jadikan ianya sebagai sempadan untuk kita. Tak salahkan.... :)

Semangat betul si kawan bercerita, sambil bercerita tu  dia banyak beri nasihat kepada saya, seolah-olah macam saya dah nak kahwin dalam masa terdekat ini, huhuhu.
Antara dialog kami :

Saya :
"Bila ko cakap pasal kahwin ni, tetiba rasa nak kahwin pulak, hahahaha. Tapi tulah, macam yg ak cakapkan tadilah, ak tak ada calon lagi, jadi ak rasa hal ini macam jauh lagi dgn ak..."

Kawan : " Insyaallah rodiah...pape pun doa+tawakal...Itu jer yg kiter boleh harapkn skrg. Allah kn Maha Adil & Maha Pengasih. Insan yg baik selalu Allah akn makbulkn doa nyer.."

Saya : "Mudah-mudahan macam tulah".

Anyway, terima kasih kepada sahabat saya, atas nasihat & doa yang diberi. Saya sangat hargai.

 Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya, perancangan Allah jua lah yang terbaik. Saya yakin, Allah telah merancang sesuatu perkara dalam semua perkara untuk saya dengan baik sekali. Segalanya ku serah pada yang MAHA MENGATUR ALAM ini.

Itulah al-kisah saya tak kala bos tak ada di office. Bila chat dengan kawan, macam-macam tajuk cerita yang disembangkan. Adoiiiii......

Sekian, wa'salam....

Tiada ulasan: