Assalammualaikum saudaraku...
Hari ini genap 15 Ramadhan 1433H dan malam ini sudah masuk malam ke-16 Ramadhan. Alhamdulillah, hari ini saya dapat iftar bersama keluarga.
Yang paling seronak si kecil Mujahid pun ada. Macam biasalah, hobi saya memang suka ambil gambar budak kecil. Pantang jumpa budak kecil, saya akan ambil gambar mereka.
Petang itu sebelum sibuk menghidang juadah untuk berbuka & menunggu Mujahid sampai, sempat melayan karenah anak saudara, Dayyinah. Dayyinah sekarang dah jadi kakak taw. Kakak Dayyinah :)
Sekarang Dayyinah dah pandai berjalan.
Akhirnya Mujahid sampai juga kat rumah tok wan dia.
Hari ini umur Mujahid sebulan 11 hari :)
Mujahid baru lepas mandi.
Mujahid : Wangi tak saya, makngah ?
Saya : Wangi caayangg.
p/s : Dialog ini hanya rekaan semata-mata ye, hehehe :)
Makngah tak henti-henti cium Mujahid, sebab geram sangat dengan Mujahid ini. Rasa nak gigit jer pipi Mujahid yang tembam tu :)
Baru sebulan lebih, Mujahid sudah pandai baring memiringkan badan ke kanan.
Ok, sekian sahaja, wa'salam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan