Pages

Rabu, 22 Ogos 2012

Eidul fitri 1433H /2012M

Assalammualaikum ikhwanku...

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI buat kalian semua. Semoga kita menyambut hari raya yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan menyambutnya dalam pengertian raya yang sebenarnya.

Kepada yang mengenali diri ini, mohon maaf di atas segala salah & silap & mohon halal segala makan minum & ilmu yang telah diberikan :'(

Alhamdulillah, setiap tahun sambutan hari raya sentiasa gembira & meriah bersama keluarga tercinta.



Bersiap untuk pergi sembahyang raya.




Minta maaf & ampun daripada bonda tercinta, itu sudah menjadi kewajipan :)




 Alhamdulillah, raya tahun ni lebih gembira dengan kehadiran orang baru, iaitu Mujahid.








Gambar bersama keluarga tersayang :)


 Eidul fitri 1432H /2011M, Dayyinah baru berusia sebulan lebih & masa tu Dayyinah berada di kampungnya. Raya tahun ni, baru dapat beraya dengan Dayyinah.


Senyuman daripada si kecil, Dayyinah. Memang tak boleh lawan, kalah senyuman Miss Malaysia taw.


Bergambar dengan Makteh.


Sudah menjadi satu tradisi keluarga, selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan beraya di rumah Makteh.
 


Jalan-jalan. Pergi beraya rumah saudara-mara yang terdekat.


Keluarga mertua abg long datang beraya di rumah.




Sekian, wa'salam..

Khamis, 9 Ogos 2012

10 akhir Ramadhan.

Assalammmualaikum ikhwanku,

Subhanallah, cepat sungguh masa berlalu. Bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita semua & malam ini telah masuk ke-10 malam terakhir Ramdahan. Kepada yang mengerti, pasti hati merasa hiba & sedih kerna anugerah yang teragong daripada Allah ini akan meninggalkan kita tidak lama lagi :"(

Kesempatan masa yang ada ini, mari kita hayati hadis ini yang saya ambil daripda FB rakan kita.

 

ஜ۞ஜ DOA MALAM LAILATUL QADAR ஜ۞ஜ

Diriwayatkan dari Sayyidah ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha, (dia) berkata : “Aku bertanya, Ya Rasulullah , Apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?”. Beliau menjawab,

أَللّهُمَّ إٍنَّكَ عَفُوُّنٌ , تُحِبُّ الْعَفْوَى فَاعْفُ عَنِّيْ

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii”.

Ertinya: “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah aku.”


Selamat beribadah.

Wa'salam...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Malam ke-16 Ramadhan : Iftar bersama si kecil :)

Assalammualaikum saudaraku...

Hari ini genap 15 Ramadhan 1433H dan malam ini sudah masuk malam ke-16 Ramadhan. Alhamdulillah, hari ini saya dapat iftar bersama keluarga.

Yang paling seronak si kecil Mujahid pun ada. Macam biasalah, hobi saya memang suka ambil gambar budak kecil. Pantang jumpa budak kecil, saya akan ambil gambar mereka.

Petang itu sebelum sibuk menghidang juadah untuk berbuka & menunggu Mujahid sampai, sempat melayan karenah anak saudara, Dayyinah. Dayyinah sekarang dah jadi kakak taw. Kakak Dayyinah :)

 


Sekarang Dayyinah dah pandai berjalan.



 Akhirnya Mujahid sampai juga kat rumah tok wan dia.
 Hari ini umur Mujahid sebulan 11 hari :)





















Mujahid baru lepas mandi.

Mujahid : Wangi tak saya, makngah ?
Saya : Wangi caayangg.

p/s : Dialog ini hanya rekaan semata-mata ye, hehehe :)

Makngah tak henti-henti cium Mujahid, sebab geram sangat dengan Mujahid ini. Rasa nak gigit jer pipi Mujahid yang tembam tu  :)


 Baru sebulan lebih, Mujahid sudah pandai baring memiringkan badan ke kanan.









Ok, sekian sahaja,  wa'salam..